Thursday, January 30, 2014

Hand-decorated coklat oreo

Coklat oreo dengan hiasan menarik ala cupcake ini disumbang khas buat saudara yang bakal melangsungkan majlis pernikahannya pada cuti Tahun Baru Cina ini. Selamat Pengantin Baru Anim & Amirul! Semoga berbahagia ke anak cucu... amin.




Coklat untuk tetamu VVIP

Coklat amat sesuai dijadikan cenderahati buat tetamu istimewa, samada kaum keluarga terdekat, keluarga pihak pengantin di sebelah sana mahupun kenalan terdekat pengantin.

Tempahan kali ini diterima daripada Leftenan Muda Nurul Hidayah sempena majlis perkahwinannya. 8pc pralines in heart box, sebanyak 100 kotak, dengan mix fillings.






Doorgift coklat untuk majlis pertunangan

Tempahan coklat 4pcs daripada Huda dari Kuantan. Ia merupakan cenderahati sempena majlis pertunangan. Al-hamdulillah, coklat telah selamat sampai dalam keadaan baik.




Friday, January 24, 2014

Wafer Stick

Wafer Stick merupakan keluaran terbaru kami sempena tahun 2014 ini. Wafer disaluti milk chocolate dengan taburan almond nibs atau white chocolate dengan heart sprinkles. Amat sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak pada majlis harijadi mahupun perkahwinan. Terdapat 3 keping wafer dalam satu bungkusan, beserta personalised sticker dan ribbon. Harga hanya RM1.50/pkt. Order banyak, harga boleh dirunding.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...