Sunday, June 24, 2012

Coklat Raya Vs Kuih Raya

Coklat raya atau kuih raya... yang mana satu pilihan anda? Kalau saya, saya suke kedua-duanya. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing2. Contoh coklat, memang sedap & digemari semua orang... tapi harga lebih mahal dari kuih raya. Kuih raya pula tak tahan lama berbanding coklat. Coklat boleh tahan berbulan2 malah bertahun jika kena gaya menyimpannya. 

Dari satu sudut yg lain pula, coklat raya memang tak boleh bertahan lama... sebab cepat jer kena ngap bila terhidang, hehehe...


Tempahan Coklat & Kuih Raya 2012

Al-hamdulillah... baru sehari saya letak posting mengenai coklat edisi raya, sudah ada tempahan dari Brunei. Beliau sanggup datang ke Malaysia utk mendapatkan produk-produk dari CreativeChoc untuk dipasarkan di sana. 

Kepada sesiapa yg berminat menjadi ejen menjual coklat edisi raya ini sila email ke liza.khalid@gmail.com. Saya akan berikan quotation bagi pembelian borong.

Saturday, June 23, 2012

Coklat Raya 2012


Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, CreativeChoc memperkenalkan beberapa produk baru yang sesuai dihidangkan kepada tetamu mahupun dijadikan hadiah atau hamper. Boleh self-collect di Kompleks PKNS Bangi atau Medan Sate Kajang. Delivery charge ke sekitar Lembah Klang RM10-Rm15 bergantung pada jarak. Postage charge bergantung kpd berat produk mengikut kadar yg ditetapkan Poslaju.


Coklat Lebaran - RM29 untuk 42pcs


Gabungan dark, milk & white chocolate... Coklat Lebaran ini mengandungi pelbagai filling seperti raisin, whole almond & almond nibs. Satu bekas mengandungi 42pcs dengan harga RM29. Ceriakan tetamu anda di hari raya nanti dengan hidangan coklat... keenakan yang pasti memikat!


Coklat Wafer Aidilfitri - RM26 untuk 40pcs




Gabungan wafer berkrim blueberi disaluti dark chocolate serta wafer berkrim hazelnut disaluti milk chocolate. Wafer yang rangup pada setiap kepingan. Didatangkan dengan pelbagai hiasan yang menarik. Satu bekas ada 40 pcs, harga RM26 sahaja. Juga sesuai utk dijadikan buah tangan buat keluarga di kampung!


Coklat Cornflakes - RM23 untuk 50pcs

White Coklat Cornflakes - RM23 untuk 50pcs 





Tidak dilupakan... all time favourite biskut raya - Coklat Cornflakes & White Coklat Cornflakes.  Ada 50 pcs satu bekas, harga RM23. Dibuat daripada cornflakes dan badam yang disaluti milk chocolate atau white chocolate. Memang menjadi kegemaran setiap orang, tak kira tua atau muda. Very crunchy & chocolaty....rasa satu pasti nak lagi!

Tuesday, June 5, 2012

Coklat praline utk family gathering

Repeat order drp Aniza, 50 pcs pralines with mixed fillings... ada mint, strawberry filling, hazelnut & almond. Coklat utk makan2 masa family gathering.



Birthday doorgift

Order dari Reenaz, junior masa belajar di uni dulu. 100 pcs choc bars buat anaknya yg memang minat bermain piano. (birthday kek pun bentuk piano...so memang sesuai sgt la tu!)





Chocolate doorgifts for engagement

An order from our Indian friend, Punitha for her engagement day. She requested for 300pcs chocolate bars.






Chocolate bars for wedding doorgifts

Syida from Johor has ordered 1000pcs chocolate bars for her wedding doorgifts, with silver n red theme.






Coklat utk Hari Guru

Order daripada Norzariah Manaf, sempena sambutan Hari Guru. 25pcs coklat bar & 20 kotak coklat praline.





Coklat bar utk majlis khatam Quran

Order dari Puan Nazarimah buat majlis khatam Quran anaknya, berupa 100 pcs coklat bar. She requested the design to be simple with black n white theme.




Coklat doorgift

Order daripada Suhaili (Putrajaya), 4 pcs & 2 pcs pralines, sebagai doorgift buat tetamu beliau.







Pralines sebagai hantaran pertunangan

Order daripada Mieza dari Seri Kembangan untuk hantaran pertunangannya, berupa 35 pcs pralines.





Order dari Hafeez untuk doorgift majlis Cukur Jambul

Hafeez request design coklat wrapper yang agak unik & kreatif. Gambar pada wrapper ini telah dikirim oleh beliau sendiri. Ia  sebagai doorgift utk Majlis Cukur Jambul anak2 saudaranya, Khalid & Aadheen.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...