Tuesday, April 9, 2013

Design terbaru Coklat Oreo

CreativeChoc sekali lagi mengeluarkan produk terbaru iaitu Coklat oreo dengan design yang dihias ala-ala cupcake. Ooops! Jangan silap, hiasan tu bukannya menggunakan buttercream yang selalunya menjadi hiasan pada cupcake. Ia diperbuat daripada coklat yang warnanya boleh diubah-suai mengikut tema sesuatu majlis. Tetamu anda pasti terpukau dengan cenderahati yang unik & menarik ini. Harganya pun murah serta berbaloi-baloi... RM1.80/pc. Menarik bukan? Jadi, apa tunggu lagi. Tempahlah sekarang! Jangan lupa nyatakan nombor code untuk memudahkan proses tempahan.


CODE:OREO-02


CODE:OREO-03


CODE:OREO-04


CODE:OREO-05


CODE:OREO-06


CODE:OREO-07


CODE:OREO-08


CODE:OREO-09

Friday, April 5, 2013

Homemade coklat sebagai hadiah

Tempahan homemade coklat buat Alif Hafiszuddin di Jln Tun Razak, KL. Coklat set 35pcs, tanpa diletak sebarang pewarna, menggunakan warna asli milk, dark & white coklat. Tetap menarik & nampak yummie...





Thursday, April 4, 2013

The making of chocolate bar.....

Di sini saya ingin tunjukkan proses penghasilan coklat bar. 

Untuk penghasilan coklat bar, saya menggunakan milk chocolate daripada Beryl's Gourmet. Rasanya tidak terlalu manis serta mengandungi peratusan koko yang tinggi. So far, ramai yang kata sedap.






Kemudian coklat coin dimasukkan ke dalam double-boiler untuk dicairkan. Setelah cair, almond nibs yang dipanggang rangup dimasukkan ke dalam coklat.





Coklat cair dimasukkan ke dalam acuan coklat. Setelah itu coklat tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk proses penyejukkan selama kira-kira 20 minit.



Setelah sejuk, coklat dikeluarkan daripada acuan. Coklat sedia untuk dibungkus dengan coklat foil serta dibalut dengan coklat wrapper. Coklat boleh tahan selama 6 bulan jika disimpan pada suhu bilik serta tidak terdedah pada cahaya panas.


Tuesday, April 2, 2013

Chocolate bar for product promo.

We are honored to design a chocolate bar wrapper for Ice-Watch, the colourful and chic fashion watch brand from Belgium. The wrapper is used as a cash voucher to be redeemed at the selected outlets in Malaysia.








Thursday, March 28, 2013

Coklat bar untuk aqiqah.

Tempahan daripada Fouziah, untuk majlis aqiqah anak buahnya di Ipoh, Perak. Coklat bar sebanyak 80pcs, untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir.




Friday, March 22, 2013

Birthday chocolates in exclusive box

Handmade chocolates as a birthday gift. All dark, with assorted fillings: cream, fruit and nut.
A memorable gift from Aliza to her beloved mother in Kuching, Sarawak.



To order the same chocolates, contact me at: liza.khalid@gmail.com / sms: 018-2022629

Wednesday, March 20, 2013

Coklat praline untuk abg tercinta.

Order daripada Safie buat abang beliau di HKL. Al-hamdulillah, semasa penghantaran ke wad, beliau telah selamat menjalani pembedahan. Semoga abang Safie beransur sihat serta ceria menerima coklat hasil daripada CreativeChoc.







Monday, March 11, 2013

Coklat Telur

Lagi produk terbaru daripada CreativeChoc. Memperkenalkan coklat telur yang didatangkan dalam 2 jenis wrapping: dibalut dengan foil dan cling wrap. Coklat dijual secara loose, tiada minimum order.

Saiz: Telur ayam saiz C. 
Berat: +-40g. 
Harga: RM2.50/pc.




Coklat telur dibalut dengan foil. Diperbuat daripada milk chocolate.

Amat sesuai untuk dijadikan cenderahati buat para tetamu atau dijadikan sebagai bunga pahar buat hantaran mahupun sebagai hiasan pelamin.







Coklat telur bercorak marble, diperbuat daripada kombinasi milk, white & dark chocolate. Rasa pahit manis dark chocolate, diikuti dengan rasa lemak manis white chocolate, disusuli dengan rasa milk chocolate yang manis dan berkrim... memang oooohsem. Ia dibalut dengan cling wrap supaya terserlah corak marble yang mempersonakan itu.


Coklat boleh diletakkan di dalam bakul atau organza pouch.


Coklat telur ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai cenderahati pada sebarang majlis seperti pertunangan, perkahwinan, cukur jambul atau majlis tahlil.

Friday, February 22, 2013

Cenderahati perkahwinan

Khas buat mereka yang tercari-cari idea untuk cenderahati atau doorgift untuk diberikan kepada para tetamu. Berikut adalah contoh-contoh bekas / container yang sesuai untuk mengisi coklat yang dibalut dengan coklat foil. Bekas seperti balang kaca, organza pouch , kotak mengkuang, kotak buluh, bakul dawai atau anda boleh memilih untuk menggunakan kotak biasa yang dihiasi dengan reben. Kreativiti di tangan anda!







Coklat praline (loose) dijual dengan harga RM0.65 sementara Hazelnut Ball pula harganya RM0.85. Harga borong akan diberikan untuk pembelian yang banyak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...