Showing posts with label coklat raya 2012. Show all posts
Showing posts with label coklat raya 2012. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Order Coklat Raya & Kuih Raya

Berikut adalah antara tempahan coklat yang diterima sepanjang bulan puasa yang lepas. Antara tempahan yang hot-selling: White Coklat Cornflakes & Kurma Coklat. 

Tempahan masih dibuka pada hari-hari biasa. Sesiapa yang berminat sila email saya di liza.khalid@gmail.com.







Monday, July 16, 2012

Kurma Mariami Badam Bersalut Coklat

Rasanya tidak lengkap jika kedatangan Ramadhan tanpa hidangan buah kurma. 

Kelazatan dan kemanisan buah kurma Mariami pasti terserlah dengan gandingan dark chocolate yang pahit manis. Di dalam kurma terdapat filling badam yang dipanggang, memberi tekstur rangup dan menambahkan lagi rasa lemak kepada kurma.




Kandungan: 24pcs
Harga: RM18 

Juga sangat sesuai dijadikan sebagai doorgift untuk majlis berbuka puasa anda!

 


Serikan hidangan berbuka anda dengan Kurma Mariami Badam Bersalut Coklat dari CreativeChoc!

Sunday, June 24, 2012

Coklat Raya Vs Kuih Raya

Coklat raya atau kuih raya... yang mana satu pilihan anda? Kalau saya, saya suke kedua-duanya. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing2. Contoh coklat, memang sedap & digemari semua orang... tapi harga lebih mahal dari kuih raya. Kuih raya pula tak tahan lama berbanding coklat. Coklat boleh tahan berbulan2 malah bertahun jika kena gaya menyimpannya. 

Dari satu sudut yg lain pula, coklat raya memang tak boleh bertahan lama... sebab cepat jer kena ngap bila terhidang, hehehe...


Tempahan Coklat & Kuih Raya 2012

Al-hamdulillah... baru sehari saya letak posting mengenai coklat edisi raya, sudah ada tempahan dari Brunei. Beliau sanggup datang ke Malaysia utk mendapatkan produk-produk dari CreativeChoc untuk dipasarkan di sana. 

Kepada sesiapa yg berminat menjadi ejen menjual coklat edisi raya ini sila email ke liza.khalid@gmail.com. Saya akan berikan quotation bagi pembelian borong.

Saturday, June 23, 2012

Coklat Raya 2012


Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, CreativeChoc memperkenalkan beberapa produk baru yang sesuai dihidangkan kepada tetamu mahupun dijadikan hadiah atau hamper. Boleh self-collect di Kompleks PKNS Bangi atau Medan Sate Kajang. Delivery charge ke sekitar Lembah Klang RM10-Rm15 bergantung pada jarak. Postage charge bergantung kpd berat produk mengikut kadar yg ditetapkan Poslaju.


Coklat Lebaran - RM29 untuk 42pcs


Gabungan dark, milk & white chocolate... Coklat Lebaran ini mengandungi pelbagai filling seperti raisin, whole almond & almond nibs. Satu bekas mengandungi 42pcs dengan harga RM29. Ceriakan tetamu anda di hari raya nanti dengan hidangan coklat... keenakan yang pasti memikat!


Coklat Wafer Aidilfitri - RM26 untuk 40pcs




Gabungan wafer berkrim blueberi disaluti dark chocolate serta wafer berkrim hazelnut disaluti milk chocolate. Wafer yang rangup pada setiap kepingan. Didatangkan dengan pelbagai hiasan yang menarik. Satu bekas ada 40 pcs, harga RM26 sahaja. Juga sesuai utk dijadikan buah tangan buat keluarga di kampung!


Coklat Cornflakes - RM23 untuk 50pcs

White Coklat Cornflakes - RM23 untuk 50pcs 





Tidak dilupakan... all time favourite biskut raya - Coklat Cornflakes & White Coklat Cornflakes.  Ada 50 pcs satu bekas, harga RM23. Dibuat daripada cornflakes dan badam yang disaluti milk chocolate atau white chocolate. Memang menjadi kegemaran setiap orang, tak kira tua atau muda. Very crunchy & chocolaty....rasa satu pasti nak lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...